Tuesday, February 25, 2014

Ariana #2

Pen ditangan dipusung-pusingkan.3 haribulan,birthday Huda. 10 haribulan, birthday wani. 5 haribulan, submit Computer Literacy. 10 haribulan,submit English.7 haribuan,aktiviti kayak bersama persatuan.13 haribulan, kerja amal di rumah anak yatim.  Ditandanya aktiviti 2 minggu pertama bulan itu. Sejak memasuki alam universiti, dia suka melibatkan diri dengan aktiviti berpersatuan walaupun dia bukanlah ahli persatuan itu. Namun, seperti ada satu kepuasan bila dia melibatkan diri dalam aktiviti tersebuyt. Biarlah bukan dia pun yang menjadi pengarah program, yang penting, pengalam ayang ditimba sepanjang program itu berlangsung. Seketika pen yang dipusingkan itu, berhenti berpusing. Macam ada yang kurang. Apa ya?  Oh ya. Birthday aku. Dibulatnya angka lima belas pada planner itu.


                Ariana mencapai Samsung S3 pemberiannya abangnya di hujung katil. Nak beli sendiri, tak mampu. Akhirnya, dia membodek abangnya untuk membelikan gadjet itu jika dia mendapat keputusan 3.75 keatas dalam peperiksaan yang lepas. Razif yang tahu adiknya itu tidak akan mampu mencapai pointer tersebut memandangkan sebelum ini resultnya jatuh teruk, segera memberi janji untuk menghadiahkan gadjet tersebut. Selepas keputusan peperikasaan semester 3 keluar, Ariana dengan gembiranya menunjukkan keputusan tersebut kepada abangnya. Hampir habis gaji bersih Razif membelikan gadjet tersebut. Haa..itulah… Ingat orang tak boleh ke dapat 3.75. Jangan pandang orang sebelah mata ya.” Gembira sungguh Ariana selepas telefon Sony Ericsson yang digunakan sejak zaman sekolah itu akhirnya berganti juga. Mahu atau tidak, terpaksa lah Razif mengotakan janjinya.


Arianna mendail nombor telefon rumah. Lama dia menanti. Talian tidak juga bersambung. Di dail nya sekali lagi. Tidak lama kemudian, suara mak kedengaran.

“Hello. Asslamualaikum”, Ariana memulakan bicara.

Waalaikumussalm”,jawab mak dihujung talian.

“Mak sihat?”,ditanya khabar ibunya di kampung sana.

“Alhamdulillah sihat.Yana sihat?”

“Yana sihat mak. Abah,Abang long,kak ngah ngan Ucu sihat mak?

"Alhamdulillah,diaorang pun sihat yana. Lama kamu tak telefon mak ,yana." Hatinya Yana segera diselubungi rasa bersalah.

"Mak.Maafkan Yana. Yana tak beraksud nak lupakan mak. Yana selalu ingat mak. Cuma Yana agak sibuk sampai tak tertelefon mak. Mak maafkan Yana ya.Yana janji,lepas ni,tiap-tiap hari ayana akan telefon mak."

"Yana,mak Tanya je. Kamu jangana risaulah. Mak ok saja disini. Jangan risau lah. Abah, abang long, kak ngah dengan anaknya semua ada disini. Kamu jangan risaulah."


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik