Tuesday, February 25, 2014

Ariana #2

Pen ditangan dipusung-pusingkan.3 haribulan,birthday Huda. 10 haribulan, birthday wani. 5 haribulan, submit Computer Literacy. 10 haribulan,submit English.7 haribuan,aktiviti kayak bersama persatuan.13 haribulan, kerja amal di rumah anak yatim.  Ditandanya aktiviti 2 minggu pertama bulan itu. Sejak memasuki alam universiti, dia suka melibatkan diri dengan aktiviti berpersatuan walaupun dia bukanlah ahli persatuan itu. Namun, seperti ada satu kepuasan bila dia melibatkan diri dalam aktiviti tersebuyt. Biarlah bukan dia pun yang menjadi pengarah program, yang penting, pengalam ayang ditimba sepanjang program itu berlangsung. Seketika pen yang dipusingkan itu, berhenti berpusing. Macam ada yang kurang. Apa ya?  Oh ya. Birthday aku. Dibulatnya angka lima belas pada planner itu.


                Ariana mencapai Samsung S3 pemberiannya abangnya di hujung katil. Nak beli sendiri, tak mampu. Akhirnya, dia membodek abangnya untuk membelikan gadjet itu jika dia mendapat keputusan 3.75 keatas dalam peperiksaan yang lepas. Razif yang tahu adiknya itu tidak akan mampu mencapai pointer tersebut memandangkan sebelum ini resultnya jatuh teruk, segera memberi janji untuk menghadiahkan gadjet tersebut. Selepas keputusan peperikasaan semester 3 keluar, Ariana dengan gembiranya menunjukkan keputusan tersebut kepada abangnya. Hampir habis gaji bersih Razif membelikan gadjet tersebut. Haa..itulah… Ingat orang tak boleh ke dapat 3.75. Jangan pandang orang sebelah mata ya.” Gembira sungguh Ariana selepas telefon Sony Ericsson yang digunakan sejak zaman sekolah itu akhirnya berganti juga. Mahu atau tidak, terpaksa lah Razif mengotakan janjinya.


Arianna mendail nombor telefon rumah. Lama dia menanti. Talian tidak juga bersambung. Di dail nya sekali lagi. Tidak lama kemudian, suara mak kedengaran.

“Hello. Asslamualaikum”, Ariana memulakan bicara.

Waalaikumussalm”,jawab mak dihujung talian.

“Mak sihat?”,ditanya khabar ibunya di kampung sana.

“Alhamdulillah sihat.Yana sihat?”

“Yana sihat mak. Abah,Abang long,kak ngah ngan Ucu sihat mak?

"Alhamdulillah,diaorang pun sihat yana. Lama kamu tak telefon mak ,yana." Hatinya Yana segera diselubungi rasa bersalah.

"Mak.Maafkan Yana. Yana tak beraksud nak lupakan mak. Yana selalu ingat mak. Cuma Yana agak sibuk sampai tak tertelefon mak. Mak maafkan Yana ya.Yana janji,lepas ni,tiap-tiap hari ayana akan telefon mak."

"Yana,mak Tanya je. Kamu jangana risaulah. Mak ok saja disini. Jangan risau lah. Abah, abang long, kak ngah dengan anaknya semua ada disini. Kamu jangan risaulah."


Sunday, February 23, 2014

Ariana #1

Pagi itu, mentari keluar dengan cerianya. Ariana membuka seluas-luasnya jendela bilik 121 itu. Wah…panas pagi ni. Best kalau basuh baju. Diperhatikan teman sebiliknya, masih terbungkang di atas katil. Kepenatan barangkali. Malam tadi tidur lambat agaknya. Dia mengasingkan baju dengan seluar sebelum dimasukkan ke dalam bakul. Dia lebih suka jika membasuh seluar menggunakan tangan.


 Di capainya bakul berisi pakaian itu  menuju ke mesin basuh yang terletak dihujung aras . Aik. Tiada bakul beratur ke hari ni. Kalau hari lain, mesti dah ada bakul beratur menunggu giliran. Bagus juga. Senang kerja aku. Di setnya masa untuk basuhan itu dan dia menapak kembali ke bilik.


Sementara menunggu basuhannya selesai, dia mengemas biliknya. Biasalah,hujung minggu baru free. Waktu inilah yang dia akan gunakan untuk menyapu, membersihkan meja studinya dan lain-lain. Sedang dia menyusun buku-buku tebal di atas rak, dia terlihat sekeping kad kecil terselit diantara buku-buku itu. Kertas apa ni? Detik hatinya. Dia teringat pertemuan dengan seorang encik pemilik kedai pakaian wanita. Diambilnya kad itu lalu diselitkan didalam dompetnya. Simpan lah. Mana tahu berguna nanti.


 Terbayang pula kali pertama dia berjumpa dengan encik itu. Handsome. Rupa ala-ala Nazim Othman. Tapi sayang, Encik tu dah berkahwin pun. Dah ada anak seorang. Mesti kahwin muda ni. Kacau betullah orang yang kahwin dengan Encik ni. Kalau aku aku jumpa dia dulu, mesti dia berkenan kat aku. Lepas itu, dia kahwin dengan aku.


Tiba-tiba sebentuk objek melayang tepat ke kepalanya. Aduh, sakit la. Hilang terus bayangan Encik ` Nazim Othman ‘ khayalannya itu. “Oi. Berangan. Aku panggil berapa kali pun tak dengar. Apa lah. “
  “Haish.Kau ni,potong stim la. Aku bagi bantal tu, as hadiah birthday kau. Bukan untuk baling kat kepala aku.” Sabar je la dengan Sue ni. Baru nak berangan.


“Eheh. Sory la cik Ariana ye. Tuan hamba, dok panggil cik dari tadi. Tapi cik sikit pun tak pandang tuan hamba. Tu yang tuan hamba terpaksa melayangkan bantal tu kat cik.” Sue sudah ketawa terkekeh-kekeh.
“Sudahlah kau. Merepek. Nak berhamba-hamba pulak pagi-pagi ni. Nah ambil balik bantal ni.”
Dibalingnya, bantal kecil berbentuk love itu kepada Sue.
“Kau ni kenapa? Bukan main panjang berangan.” Tanya Sue sambil mengemaskan katilnya.


“Kau ni, aku baru nak feeling-feeling berangan kat Encik Nazim tu.”Segera ingatannya kepada Encik Nazim hadair.
“Eleh. Dah lah. Nama dia Azman ye. Tak payah nak bernazim-nazim sangat. Movie kuat sangat kau ni.”


Tersengih Ariana. Memamag dia peminat tegar Nazim Othman pun. Pantang ada drama lakonan Nazim, mesti dia akan download. Pantang ada cerita pasal Nazim di majalah atau surat khabar ,mesti dibelinya. Hm..nasib badan. Encik Nazim aka Azman tu dah berkahwin pun…Kedai pakaian yang dimilikinya itu pun sebenarnya hasil titik peluh dia dengan isterinya, Puan Sarah. Puan Sarah tu berkulit putih kemerah-merahan. Memamg cantik pun. Tinggi pula tu. Selalu menjadi model pakaian muslimah.


Jimat. Tak perlu bayar gaji untu model. Encik Azman + Puan Sarah= Adam Mekhail. Memang comel budak kecil berusia 3 tahun itu. Dengan rambut sedikit keperangan, ditambah dengan kemontelan pipinya, memang jadi tarikan tempat orang melepaskan rasa geram. Pantang kalau dia ke kedai tu, mesti dia akan menarik-narik pipi budak itu sehingga kemerahan. Kadang kala, sehingga budak tu menangis.


“Oi, berangan lagi. Cepat ambil baju kau kat mesin tu. Aku nak basuh baju pulak ni.” Sergah Sue di muka pintu dengan muka bengis ala penjenayah tak jadi.

“Eheh. Sorry. Aku pergi sekarang.”


Ariana mengadap planner di atas meja. Ditandanya tarikh-tarikh penting sepanjang bulan Mac itu. Bulan Mac baru mencengah. Dia suka merancang kerja. Lebih teratur. Dia sendiri sudah terbiasa dengan sifat merancang sejak dari sekolah menengah. Tugasnya sebagai pengawas merangkap Ketua Asrama semasa bersekolah dulu, memaksa dia untuk menyusun jadual kerja hariannya. Kini setelah dia menjejaki alam university, tabiat itu masih diteruskan meskipun banyak masa terluang dalam jadual kuliah sehariannya.

menghadapi semester baru

Assalamualaikum

Hye! Dah mula sem baru. Baru masuk minggu ke 3. Ha...mesti masing-masing da mula pasang azam baru kan..

Same goes to me. Awal sem je mesti nak pasang azam baru. Yelah, kalau last sem result tak berapa nak baik, mesti kali ni kita nak bagi result ok kn. Yosh! (semangat!)

Jadi, me nak share sikit la tips-tips bukak sem baru.(aik,sejak bila pakai 'me' ni?)


1. Buat target

Ha... tang ni..mesti kena buat. Sebab kita nak tahu apa target kita untuk sem tu. Tulis kat satu kertas and buat result exam olok-olok. Insya Allah, kalau kita buat macamtu, impian kita lebih senang tercapai. Yelah, kalau kita dok pandang and baca benda tu tiap hari, mestilah akan jadi doa, rite? Macam law of universal of attraction la.


2. Hias tempat belajar

Yang ni depends. Kalau aku, aku tak berapa suka tempat belajar aku kosong. Ada je benda nak dihiasnya. Letak pembalut gamba pooh la..Susun buku cantik2..Susun barang elok-elok..Then, barulah semangat nak belajar kan.


3.Fokus kat kelas

Ni kira macam perkara wajib la. Kalau tak fokus, susahlah nak faham, kan. Tapi, ustaz aku ada pesan, kalau nak belajar tu, kena ulang banyak kali. Mungkin kali ke-4 kita mengulang tu, baru Allah buka hijab kita untuk dapat ilmu tu. That's why, penerimaan terhadap sesuatu ilmu tu, berbeza tiap orang.

Tak pelah kalau kita ni jenis yang slow learner. At least, kita dah berusaha untuk belajar, kan. Allah kan pandang usaha kita... :)

Kalau macam aku, kat kelas tu, aku duduk sebelah classmate yang asyik bertanya je time lecturer mengajar. Sekejap-sekejap, dia nak bertanya. Tapi aku kadang cakap,nanti jap. Nak dengar dulu apa lecturer ajar. Nanti, bila kita faham, kita ajarkan lah kat orang tu. Insya Allah apa yang kita ajarkan kat orang, lagi senang kita nak ingat ilmu tu.


4. Solat sunat

Kalau tak mampu nak buat tiap hari, buat sekali seminggu pun tak apa. Biar sikit, asalkan berterusan. Kalau dah boleh istiqamah, nanti kita try la tambah lagi amalan. :)


5. Baca Al-Quran

Kalau time kecik-kecik dulu, selalu baca Al-Quran lepas maghrib. Itu pun sebab ibu suruh. Apa kata, kita try baca lepas Subuh jugak. Kan bagus, kita mulakan hari kita dengan membaca kalam Allah. Baru semangat nak menjalani hari. ^^,.

Kalau lagi rajin, kita try baca mathurat. Mathurat tu himpunan doa-doa nabi Muhammad. Sekarang ni kan dah banyak apps. Kalau untuk yang ada smartphone tu, bolehlah mendownload apps mathurat ni. Terutamanya untuk yang tiada buku mathurat macam aku ni. ;)


6. Niat

Oh ye,ingatan untuk aku jugak. Niatkan kita belajar tu, kerana Allah. Kerana nak menguasai ilmu agar umat Islam boleh bangkit dan jadi lebih hebat dari orang lain. Agar kita dapat bangunkan ekonomi, teknologi, perbankkan dan sebagainya demi Islam. Agar Islam terus tertegak dan hebat dimata dunia. Takbir!

Allahuakbar! Ok, da semangat ni. Harap berterusan. Ok guys. Keep smiling and spread the happiness! :D





 
Images by Freepik