Pagi itu, mentari
keluar dengan cerianya. Ariana membuka seluas-luasnya jendela bilik 121 itu.
Wah…panas pagi ni. Best kalau basuh
baju. Diperhatikan teman sebiliknya, masih terbungkang di atas katil. Kepenatan
barangkali. Malam tadi tidur lambat agaknya. Dia mengasingkan baju dengan
seluar sebelum dimasukkan ke dalam bakul. Dia lebih suka jika membasuh seluar
menggunakan tangan.
Di capainya bakul berisi pakaian itu menuju ke mesin basuh yang terletak dihujung aras . Aik. Tiada bakul beratur ke hari ni. Kalau hari lain, mesti dah ada bakul beratur menunggu giliran. Bagus juga. Senang kerja aku. Di setnya masa untuk basuhan itu dan dia menapak kembali ke bilik.

Sementara menunggu
basuhannya selesai, dia mengemas biliknya. Biasalah,hujung minggu baru free. Waktu inilah yang dia akan gunakan
untuk menyapu, membersihkan meja studinya dan lain-lain. Sedang dia menyusun
buku-buku tebal di atas rak, dia terlihat sekeping kad kecil terselit diantara
buku-buku itu. Kertas apa ni? Detik hatinya. Dia teringat pertemuan dengan
seorang encik pemilik kedai pakaian wanita. Diambilnya kad itu lalu diselitkan
didalam dompetnya. Simpan lah. Mana tahu berguna nanti.
Terbayang pula kali pertama dia berjumpa dengan encik itu. Handsome. Rupa ala-ala Nazim Othman. Tapi sayang, Encik tu dah berkahwin pun. Dah ada anak seorang. Mesti kahwin muda ni. Kacau betullah orang yang kahwin dengan Encik ni. Kalau aku aku jumpa dia dulu, mesti dia berkenan kat aku. Lepas itu, dia kahwin dengan aku.

Tiba-tiba sebentuk
objek melayang tepat ke kepalanya. Aduh, sakit la. Hilang terus bayangan Encik
` Nazim Othman ‘ khayalannya itu. “Oi. Berangan. Aku panggil berapa kali pun
tak dengar. Apa lah. “
“Haish.Kau
ni,potong stim la. Aku bagi bantal tu, as
hadiah birthday kau. Bukan untuk
baling kat kepala aku.” Sabar je la dengan Sue ni. Baru nak berangan.
“Eheh. Sory la cik Ariana ye. Tuan
hamba, dok panggil cik dari tadi. Tapi cik sikit pun tak pandang tuan hamba. Tu
yang tuan hamba terpaksa melayangkan bantal tu kat cik.” Sue sudah ketawa
terkekeh-kekeh.
“Sudahlah kau. Merepek. Nak
berhamba-hamba pulak pagi-pagi ni. Nah ambil balik bantal ni.”
Dibalingnya, bantal kecil berbentuk love itu kepada Sue.
Dibalingnya, bantal kecil berbentuk love itu kepada Sue.
“Kau ni kenapa? Bukan main panjang
berangan.” Tanya Sue sambil mengemaskan katilnya.
“Kau ni, aku baru nak feeling-feeling berangan kat Encik Nazim tu.”Segera ingatannya kepada Encik Nazim hadair.
“Kau ni, aku baru nak feeling-feeling berangan kat Encik Nazim tu.”Segera ingatannya kepada Encik Nazim hadair.
“Eleh. Dah lah. Nama dia Azman ye.
Tak payah nak bernazim-nazim sangat. Movie kuat sangat kau ni.”
Tersengih Ariana. Memamag dia peminat tegar Nazim Othman pun. Pantang ada drama lakonan Nazim, mesti dia akan download. Pantang ada cerita pasal Nazim di majalah atau surat khabar ,mesti dibelinya. Hm..nasib badan. Encik Nazim aka Azman tu dah berkahwin pun…Kedai pakaian yang dimilikinya itu pun sebenarnya hasil titik peluh dia dengan isterinya, Puan Sarah. Puan Sarah tu berkulit putih kemerah-merahan. Memamg cantik pun. Tinggi pula tu. Selalu menjadi model pakaian muslimah.
Jimat. Tak perlu bayar gaji untu model. Encik Azman + Puan Sarah= Adam Mekhail. Memang comel budak kecil berusia 3 tahun itu. Dengan rambut sedikit keperangan, ditambah dengan kemontelan pipinya, memang jadi tarikan tempat orang melepaskan rasa geram. Pantang kalau dia ke kedai tu, mesti dia akan menarik-narik pipi budak itu sehingga kemerahan. Kadang kala, sehingga budak tu menangis.

“Oi, berangan
lagi. Cepat ambil baju kau kat mesin tu. Aku nak basuh baju pulak ni.” Sergah
Sue di muka pintu dengan muka bengis ala penjenayah tak jadi.
“Eheh. Sorry. Aku pergi sekarang.”
Ariana mengadap planner di atas
meja. Ditandanya tarikh-tarikh penting sepanjang bulan Mac itu. Bulan Mac baru
mencengah. Dia suka merancang kerja. Lebih teratur. Dia sendiri sudah terbiasa
dengan sifat merancang sejak dari sekolah menengah. Tugasnya sebagai pengawas
merangkap Ketua Asrama semasa bersekolah dulu, memaksa dia untuk menyusun
jadual kerja hariannya. Kini setelah dia menjejaki alam university, tabiat itu
masih diteruskan meskipun banyak masa terluang dalam jadual kuliah sehariannya.
No comments:
Post a Comment