Sunday, February 23, 2014

menghadapi semester baru

Assalamualaikum

Hye! Dah mula sem baru. Baru masuk minggu ke 3. Ha...mesti masing-masing da mula pasang azam baru kan..

Same goes to me. Awal sem je mesti nak pasang azam baru. Yelah, kalau last sem result tak berapa nak baik, mesti kali ni kita nak bagi result ok kn. Yosh! (semangat!)

Jadi, me nak share sikit la tips-tips bukak sem baru.(aik,sejak bila pakai 'me' ni?)


1. Buat target

Ha... tang ni..mesti kena buat. Sebab kita nak tahu apa target kita untuk sem tu. Tulis kat satu kertas and buat result exam olok-olok. Insya Allah, kalau kita buat macamtu, impian kita lebih senang tercapai. Yelah, kalau kita dok pandang and baca benda tu tiap hari, mestilah akan jadi doa, rite? Macam law of universal of attraction la.


2. Hias tempat belajar

Yang ni depends. Kalau aku, aku tak berapa suka tempat belajar aku kosong. Ada je benda nak dihiasnya. Letak pembalut gamba pooh la..Susun buku cantik2..Susun barang elok-elok..Then, barulah semangat nak belajar kan.


3.Fokus kat kelas

Ni kira macam perkara wajib la. Kalau tak fokus, susahlah nak faham, kan. Tapi, ustaz aku ada pesan, kalau nak belajar tu, kena ulang banyak kali. Mungkin kali ke-4 kita mengulang tu, baru Allah buka hijab kita untuk dapat ilmu tu. That's why, penerimaan terhadap sesuatu ilmu tu, berbeza tiap orang.

Tak pelah kalau kita ni jenis yang slow learner. At least, kita dah berusaha untuk belajar, kan. Allah kan pandang usaha kita... :)

Kalau macam aku, kat kelas tu, aku duduk sebelah classmate yang asyik bertanya je time lecturer mengajar. Sekejap-sekejap, dia nak bertanya. Tapi aku kadang cakap,nanti jap. Nak dengar dulu apa lecturer ajar. Nanti, bila kita faham, kita ajarkan lah kat orang tu. Insya Allah apa yang kita ajarkan kat orang, lagi senang kita nak ingat ilmu tu.


4. Solat sunat

Kalau tak mampu nak buat tiap hari, buat sekali seminggu pun tak apa. Biar sikit, asalkan berterusan. Kalau dah boleh istiqamah, nanti kita try la tambah lagi amalan. :)


5. Baca Al-Quran

Kalau time kecik-kecik dulu, selalu baca Al-Quran lepas maghrib. Itu pun sebab ibu suruh. Apa kata, kita try baca lepas Subuh jugak. Kan bagus, kita mulakan hari kita dengan membaca kalam Allah. Baru semangat nak menjalani hari. ^^,.

Kalau lagi rajin, kita try baca mathurat. Mathurat tu himpunan doa-doa nabi Muhammad. Sekarang ni kan dah banyak apps. Kalau untuk yang ada smartphone tu, bolehlah mendownload apps mathurat ni. Terutamanya untuk yang tiada buku mathurat macam aku ni. ;)


6. Niat

Oh ye,ingatan untuk aku jugak. Niatkan kita belajar tu, kerana Allah. Kerana nak menguasai ilmu agar umat Islam boleh bangkit dan jadi lebih hebat dari orang lain. Agar kita dapat bangunkan ekonomi, teknologi, perbankkan dan sebagainya demi Islam. Agar Islam terus tertegak dan hebat dimata dunia. Takbir!

Allahuakbar! Ok, da semangat ni. Harap berterusan. Ok guys. Keep smiling and spread the happiness! :D





No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik