Monday, December 15, 2014

cuti-cuti malaysia : langkawi


Assalamualaikum n hai!

Cuti sem lepas, aku berkesempatan untuk ke Langkawi. so, here goes the story.... :)

kami bertolak dr shah alam,waktu malam.kira esok pg tu dah sampai ke jeti kuala perlis.

#Tips:  kalau nak holiday ke tempat famous2 kat Malaysia ni, pergi waktu bukan cuti sekolah,cuti umum dan seangkatan waktu dengannya jika anda jenis yang tidak suka untuk bersesak-sesak...





tak sangka sangat...boleh jumpa junior dari SAMBEST.da tua rupanya aku ni. dulu time form 5, adik-adik ni masih lagi form 1. sekarang, depa dah form 5 pun.

ni,di jeti kuala perlis


jadi antara tempat menarik yang boleh dilawati


1) haji ismail group


Coklat!!!! yes. ini memang tempat wajib untuk beli coklat dan barang-barang lain.selain coklat,barang-barang lain pun ada. minyak wangi and so on....





2) idaman suri




ni gambaq dari luar bangunan.senang je nak cari.sekarang kan ada waze, maps and so on..cari je..bangunan colour kuning besar tepi jalan..

kat sini, memang pebret tempat mak-mak nak beli barang2 dapur. haritu, ibu siap beli berpinggan-pinggan pinggan. *adush ayat.... kitorg tukang ngangkut barang ke feri..jadi tentera ibu.huhu

kat sini ada set mangkuk, cawan, tuala, beg. macam-macamlah ada.




3) tempat cable car


kat sini je,ada macam2 tempat menarik.kira all in one gittew..banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sini...flying fox,fish feeding etc...




-shopping


kalau nak shopping, kat sini pun banyak kedai.tapi ak tak prefer shopping sini.banyak lg tempat murah untuk beli barang.hoho




ajet-ajet usha barang




-fish feeding



-


Just beli makanan ikan situ yg only cost RM1. pastu, boleh lah bagi2 makan ikan kat situ







sporting je uncle ni.siap bg peace time aku nak amik gamba dia. ^^,




-wayang 6D



peace yo!




yang ni, kalau masuk, berbayar. harga tiket tak ingat.

Tapi,kalau nak jimat,beli yang pakej. dome, wayang 6D and cable car sekali.then, korang tunjukkan IC.nanti dapat promotion price. Murah sikit. Around RM30 ++


Actually time aku tunggu cable car tu lama sangat.so,sebelum naik cable car tu, gi tempat ni dulu.




                 wayang dia seriously tip top.nanti,korang akan di bagi cermin mata.ala-ala tengok wayang 3D...


kita akan rasa macam kita hadapi situasi dalam scene tu. siap kerusi goyang-goyang, kena renjis air. menjerit kemain macam real je.padahal kita just duduk kat sit tu je pun. hoho




-Dome




haa....yang ni best. kita akan dapat tengok wayang skrin bulat.selalunyanya skrin wayang kan 4 segi tepat je.tapi ni, kita akan dapat tengok skrin tu sekeliling kita.dalam bentuk half sphere.

 and..tak perlu pun pakai spec khas..









kat sini kena beratur kat petak2 tu. u c....




hok ni, gambo yang kawe amik kat dalam tu.kira gamba dari screen la.

-cable car

-

before nak naik tu,macam biasalah.still kena beratur..




























yuhuuuu.. i tutup idong u..
 







kat sini,memang best sangat. kitorang naik lepas hujan.so suasana gloomy tu memang best la.redup je walaupun waktu tu around 3 pm






my sis fefeling lettew.....




4) komplex kraf  langkawi



haa...tempat ni, kalau nak cuci2 mata boleh lah. kalau nak shopping, utk korang yang tak kisah berbelanja untuk barangan kraf,dipersilakan beli..huhu

i tak beli apa pon...usha-usha tangkap gambo je la...






















5) dataran lang





yea!!! akhirnya dapat gak bergamba sebelum balik kat tempat ni..
before ni,dah pernah pun pergi.tapi still x dapat nak gambo kat sini. kira dah x kempunan lah..haha




 





okee...bai...sekian sahaja saya melaporkan trip saya ke langkawi selama 3 hari 2 malam..

sebenarnya, langkawi memang banyak sangat tempat yang menarik untuk dilawati. u olls isi minyak kereta rm20 je pun dah boleh pergi jalan-jalan kat pulau tu. senang cakap, sepanjang jalan yang korang lalu tu, memang akan jumpa tempat-tempat best untuk dilawat.


keep smile and spread the happiness! ;D











Thursday, August 14, 2014

mari mengedit cara mudah


Assalamualaikum dan hai...

Harini i nak share cara mengedit yang mudah dengan menggunakan smartphone selain apps camera 360. Are u ready??

lets begin...

1. install apps ni. search aviary kat play store





2. Bolehlah mula mengedit ;)


Oh ya. Apa yang aku suka pakai  apps ni bila mengedit, kita boleh colourkan mana-mana aurat kita yang ternampak.Well, kadang kita tak perasan lengan kita weolls yang perempuan ni terdedah. So, dengan menggunakan apps ni, anda boleh lah colourkan lengan tu. Ala-ala pakai hadsocks gittew...





ni contoh bahagian tangan yang kita dah gelapkan






Ini pun sama. Siap serkup lukisan lagi tu.. ;)






Cak! model paksa rela.
Kawan dari sekolah rendah sampai high school merangkap jiran selang banyak rumah






Kitorang shooting kat setia alam.. *shooting la sangat





Kazumistudio~~ *fefeling ada buat bisnes photography






I'm wearing palazo. Sebenarnya tak suka pakai sebab lebar sangat. Aku prefer pakai kain. But it looks nice jugak rupanya bila dah dipakai.





This one di tasik UTM



Eh. Meaw pon nak masuk gak? :P 
























































































































Ha!  Apa tuggu lagi?? Cepat download aviary sekarang jugak!
*baby mia pun suruh download aviary taw . :P



Baiklah. Itu sahaja untuk kali ini. Gambar diambil dengan menggunakan camera phone 5.0 MP.
Ok.Keep smiling and spread the happiness!

Sunday, August 10, 2014

masak style orang malas


Assalamualaikum and hai!


Korang rajin memasak tak?

Aku? Tak lah rajin sangat. If u wanna know, my adek and my sis lagi terer memasak compared to me. Believe it or not, adik aku yang ajar aku masak. Tapi, takkan lah selamanya nak orang masakkan untuk kita kan.


Percaya atau tidak, nak memasak ni sangat lah senang. Kalau korang dah boleh tumis bawang merah and bawang putih, dah boleh lah tu nak memasak.. ^^,


Hokeyh..so sekarang chef eqin yg "rajin" sangat masak ni nak share sket resepi utk orang-orang yang "rajin" memasak tapi nak buat dalam masa yang cepat.


1. ayam masak cili

bahan-bahan


-bawang merah-3 ulas

-baawang putih-2 ulas
-cili api hijau or merah-10 tangkai.(ikut suka tahap perut korang boleh terima pedas ;))

*bahan-bahan ni dikisar kasar.(jgn lupa tambah air sikit)


-bawang merah-2 ulas (dihiris)

-ayam- 6 bahagian

steps

-goreng ayam yang dah dipotong
-tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau yg best sampai terbersin-bersin
-masukkan ayam yang dah digoreng
-masukkan bawang merah yang dihiris
-tambah gula and garam secukup rasa
-gaul-gaul hingga sebati
-siap!




senang je kan ^^,


okay, share 1 resepi je dulu. lain kali, kita share lagi. ok.keep smiling and share the happiness! :D





Monday, June 30, 2014

~~Couple maple~~



Assalamualaikum and hai!


First of all, i would like to wish u, selamat menjalani ibadah puasa. Dalam beberapa hari yang lepas, saya scroll facebook and jumpa page ni. Tarbiah Sentap. Memang sentap bak ang.


Banyak isu yang dikupasnya. Antaranya tentang ikhtilat. Boleh baca kat adninroslan.blogspot.com.
Dulu time sekolah, ikhtilat ni boleh dijaga. Mungkin sebab saya duduk sekolah agama.
Dulu kat sekolah, orang yang bercouple ni, rare. Tapi sekarang ni, benda couple maple (istilah saya bagi) ni jadi kebiasaan.


Macam tak berdosa pula gayanya. Padahal, ada je antara diaorang yang tahu hukum couple itu haram. Sebab couple maple ni dah jadi norm, orang pun dah macam tak kisah je. Sedangkan dari sini, banyak masalah akan berlaku. Buang anak la, bunuh diri la etc.. Tajuk couple ni pon orang actually dah bosan nak dengar. Tapi biarlah. Cheq nak cakap jugak.


Memanglah ada orang yang bercouple maple ni cakap,

"Aku cinta Allah dan Rasul lebih dari segalanya."


Tapi kalau kau dah asyik tertunggu-tunggu mesej or wassep dari hubby or ayang kau,
itu ke buktinya  kau cinta Allah dan rasul lebih dari segalanya?


Tak payah nak bohong diri. Aku juga pernah lalui fasa tu. Memang rasa bahagia je kan bila ada orang care pasal kita.


Celik mata je, si dia mesej good morning. Then, tanya sarapan apa. Lepastu bila tengah hari, tanya lagi makan apa. Bila malam tanya lagi makan apa. Lepastu, bila nak tidur,cakap


"sweet dream.."
"jgn lupa baca doa tido.."
"esok kejut saya bangun ya.."


Tak ke itu dah macam tiap masa kau asyik berhubungan je dengan dia.

Kalau dah macamni, kau tak rasa berdosa ke. Memang kau solat lima waktu sehari semalam. Tapi larangan Allah tetap kau lakukan. Time exam, kau doa banyak-banyak minta diberi kejayaan. Tapi lepastu, pergi dating ngan hubby or ayang kau tu. Tak rasa malu ke dengan Allah?


Tapi rahmat Allah tu luas...
Masih belum terlambat untuk berubah.
Setiap orang ada kisah silam masing-masing
Tak salah kan sempena ramadhan ni, kita buka new chapter in our life.. :)


oh ya, last entry saya ada bincang tentang ibadah and bola. tapi itu hanya pendapat saya.
Lepas saya tonton video ni, saya rasa apa yang saya tulis tu salah. atau mungkin korang boleh tanya pada ustaz korang.




Saya minta maaf jika ayat saya diatas tadi kasar. Apa-apa pun i just wanna see we become a great ummah. macamana nak bina tamadun yang hebat kalau kita sendiri pun kelaut...

people did mistake. tapi selagi hayat masih dikandung badan, kita masih boleh perbetulkan salah kita.

Salam Ramadhan. Keep smiling and spread the happiness! :D

Tuesday, June 17, 2014

World cup la la la la~~




world cup and ibadah

















Assalamualaikum and Hai!

Musim world cup kan sekarang. World cup. Datangnya 4 tahun sekali.

Bohong kalau aku kata aku tak tengok. Dari zaman sekolah sampai ke zaman university ni aku tengok.

Orang selalu cakap, bila kita tengok bola ni, ibadah kita pun entah kemana.

Nak tahu, bagi aku lah. Bila ada world cup ni, kita boleh perbaiki ibadah kita.

bola pkul 3 pagi, boleh bangun pukul 2.30. buat tahajud dulu. then bila bola habis dalam pukul 5, adalah tidak digalakkan untuk korang tidur.

u know why? sebab probability untuk korang bangun balik time azan subuh tu selalunya tipis. Jangan bohong lah. selalunya, kalau tidur balik lagi beberapa minit before subuh, mesti akan bangun lewat and subuh gajah.


haritu aku nampak kawan aku shre link kat facebook,pasal sekumpulan brothers ni, buat kerja dakwah ajak orang masuk islam time musim world cup ni.

Alhamdulillah...kita dapat saudara baru dari brazil.

see..dakwah tu bole buat kat mana-mana pun. Siapa sagka, time world cup ada ynag nak buat kerja-kerja dakwah. semoga Allah membalas usaha brothers tu.




sebenarnya aku tengah mengahapdate kat dalam bas ni,  first time buat kerja ngadap lappy dalam bas otw balik ke rumah terchenta.

ok.selmat menyambut ramadan yang x lama lagi...

keep smiling and spread the happiness..  :)

Tuesday, May 13, 2014

5 ETP kat KEM SAUJANA ASAHAN


Assalamualaikum and hai!

Sebenarnya nak share ni dah lama pun. Tapi asyik bertangguh je nak post. Bulan 3 haritu, aku ada kem 5 ETP kat Kem Saujana Asahan, Jasin, Melaka.


Sebelum aku pergi sini, aku google dulu lah tempat ni macam mana. Aku suka google dulu tempat yang aku nak pergi. Best ke idok. Siapa buat macamni, kita geng. Sep sikit. Yeah!


Yang bestnya program kitorang ni, dalam masa 3 hari 2 malam, kami dapat buat aktiviti indoor and outdoor.
Ada flying fox, larian berhalangan, naik Gunung Ledang. Tak naik sampai puncak pun. Tapi itu pun aku dah penat. Fuh! Lepastu, pergi sungai kat situ. Best lah. Thumbs up untuk Unit Kaunseling yang berjaya menganjurkan program macamni. Gud job!


Waktu kitorang pergi ni, tengah musim kurang hujan. Kalau tengok rumput-rumput kat situ, macam dah mati je. Tapi  tak semua lah. Scenery kat situ, memang best. Cantik. Nah. I belanja gamba.












ni surau nya




ni tempat aktiviti









Ni pemandangan luar bilik. Dalam bilik tak berapa nak kemas sangat. Malu nak tunjuk. Huhu. Kalau nak tengok jenis bilik kitorang macam mana, sila lihat 
sini .  


Ini pun sama. Dari luar bilik jugak



U see that baju-baju bersidai.. Kami kena rendam dalam kolam.. First time kena rendam dalam kolam. Memang perasaan time tu, urghh.. Geli kot. Dah la ada ikan. Kolam tu pulak berlumpur. Bukan kolam jernih bersih. But my fren said, tu kolam buatan. Dia pakai tanah liat. Tak tahu lah betul ke tak. Korang try la berendam dalam kolam tu. 



Ni gambar cilok dari group fesbuk


 Esoknya,kitorang pergi Gunung Ledang tu. Masuk kat situ, macam-macam jenis pokok abang pengiring tu terangkan.








Abang yang iring kami tu cakap, dulu tempat ni ada emas. Kat lubang ni lah. Tapi sekarang dah tak boleh ambil pon emas kat sini. Kalau korang rajin, try lah carik..hehe



Hamek ko. Besar kan pokok ni




Ni lepas kami balik dari gunung ledang. Do u see that beautiful scenery? Subhanallah! Cantik kan. ^^,




Rumput kering gila




Ni pon sama. Rumput kering




I love that mountains reflection on the lake. Cantik sangat. Subhanallah!




Gambar tasik lagi.









Kem tu dekat je dengan kem plkn ni. 




Bye2...balik utm..

itu je lah nak cerita. keep smiling n spread the happiness.. :)
 
Images by Freepik