Wednesday, July 20, 2016

Sepanyol- part 2


Assalamualaikum dan hai semua.


Lama betul x update. Dah bersawang blog ni. Dah 2016 baru nak sambung. Haha :p

Okay, sambung semula kembara kami di Sepanyol.


Day 4 (5 April 2015)


Kami meneruskan perjalanan ke Gibraltar. Gibraltar ni berasal dari bahasa Arab iaitu Jabal Tariq. Ia terletak di selatan Sepanyol. Nak masuk ke bandar nya, kami perlu melintasi lapangan terbang. Percaya atau tidak, kami lintas jalan yg kapal terbang mendarat tu. Elok ja pas kami lalu, ada satu kapal terbang mendarat. Fuhh...Tapi sebelum kapal terbang tu mendarat kat situ, pihak pengurusan akan announce untuk kosongkan laluan kapal terbang.




Kalau nampak bukit tinggi kat belakang tu, itulah dia Jabal Tariq. Dikawasan inilah pasukan tentera Tariq bin Ziyad mendarat. Selepas beliau mendarat, Tariq perintah untuk bakar semua kapal dan beliau berpidato didepan anak buahnya untuk menaikkan semangat mereka:

أيّها الناس، أين المفر؟ البحر من ورائكم، والعدوّ أمامكم، وليس لكم والله إلا الصدق والصبر...
Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran.

Dengan hembusan bayu dari laut Mediterranean ditambah dengan cuaca sejuk,memang ohsem la jadinya. Terbayang macamna tentera tariq Ziyad melalui lautan ni. 



'Kompius' nak lalu jalan mana. ;p







Ini pula ialah Masjid Ibrahim-al-Ibrahim. Juga dikenali sebagai King Fahd bin Abdulaziz al-Saud Mosque ataupun Mosque of the Custodian of the Two Holy Mosques. Terletak di Europa Point in the British overseas territory of Gibraltar. Masjid ini telah dibiayai oleh Ibrahim Bin Abdulaziz Al Ibrahim Foundation. Ia terletak bersebelahan dengan laut Mediterranean dan Jabal Tariq. 



Angin kat sini kuat sangat. Tudung tu dah jadi macam shark fin. XD




Day 5 ( 6 April 2015)

Harini kami ke Sevilla. Antara tempat yang kami lawati ialah Torre del Oro.  In English, it is called as Tower of Gold. Terletak bersebelahan dengan Sungai Gualquivir, dahulunya ia berfungsi sebagai menara kawalan. Sekarang, ia dah jadi muzium.




Dihadapan Torre del Oro



Pemandangan dari atas Torre del Oro.


Kami juga ke La Giralda. Menara ni adalah satu daripada tiga Almohad minarets yang ada kat dunia. Lagi dua terletak di Marrakesh dan Rabat, Morocco. Selepas Reconquista, menara ni jadi menara loceng untuk Sevilla Cathedral. 






Kat kawasan ni banyak kereta kuda. Katanya, kalau nak naik, kena bayar 100 Euro. Tak pastilah kalau lagi murah dari tu ke. Sebab saya tak naik pon. kohkoh. Kalau convert duit Malaysia, around RM400. Boleh belanja makan sebulan nakk.. T.T






Ha...entry lepas saya ada cakap nak buat comparison between Alhambra and Real Alcazar.

Alcazar Real Seville ni bukan satu bangunan. Tapi sekumpulan bangunan dari tempoh masa yang berbeza.

Abad ke-9 pada zaman pemerintahan Emir Abdul Rahman II, orang Moor bina kubu tentera atas sebuah gereja Visigothic. Then, Khalifah Abdul Rahman II luaskannya untuk jadikannya kediaman para gabenor. Dalam abad ke-11, Raja Al-Mutamid kembangkan lagi istana tu. Bila umat Kristian tawan Seville, Don Pedro ( Peter the Cruel) ni renovate istana ni ikut taste dia. Puerta del Leon (Lion Gate) ni jadi pintu masuk ke istana. Ada lambang singa kat panel berjubin atas pintu pagar tu. Dari gerbang ni, akan bawa ke Patio del Leon (Courtyard of the Lion).







                                           Jom kita lihat apa ada kat dalam istana ni :)












oh ikan kaloi..kuarlah dikau dari kolammu.. :p





kanak-kanak riang! XD




dalam kolam ni pun ada banyak ikan



























belah kiri ( real alcazar) ; belah kanan di al-hambra


 
                 
 kiri:alcazar ;kanan:di alhambra


Dah berkurun sangat simpan kat draft. post la. ;p







                   

Sunday, June 21, 2015

Kembara Jejak Anbiya’ Sepanyol ( Part 1 )

Day 1 (2 April 2015)

Syukur Alhamdulillah diberi peluang jejakkan kaki dibumi Andalusia. Rasa tak percaya dah sampai sini. Satu sem lebih kami bekerja. Dari buat program, berniaga sampai ke housekeeping kami buat untuk cari dana ke Sepanyol. Kali pertama naik flight seumur hidup, terus dapat pergi tempat jauh.

Flight yg kami naik dari Malaysia ialah pada jam 8.05 malam. Kami transit di Abu Dhabi selama 4 jam. Lepas naik dari Abu Dhabi, terus ke Madrid. Perjalanan ke Madrid pula mengambil masa hampir 8 jam. Dalam flight ke Madrid, saya duduk sebelah tingkap. Dapatlah tengok matahari naik. Bila tengok dari atas, kita boleh nampak suasana kat bawah  masih gelap, masih berlampu2 lagi. Tapi, langit dah terang.Subhanallah. Bila tengok dari atas,rasa keciiiiknya kita ni.

Buat pertama kalinya dapat solat subuh dalam flight. ^_^






kita dah sampai Spain!! 



Sampai sahaja di Barajas Airport,Madrid, kami disambut dengan Kak Haza yang sudah tiba terlebih dahulu. Dalam team Kembara Jejak Anbiya' (KJA), Kak Haza ni kami panggil ayah. ^_^



Kak Haza ni,pernah daki Everest taw!


Pertama kali jejakkan kaki ke luar Airport Madrid, angin sejuk  terus menyapa. Suasana diluar panas, tetapi angin yang menyapa seperti angin dari pendingin hawa. Nyaman nyaa..




Ola Spain!





Touch down sahaja di Barajas Airport, kami terus ke Toledo. Perjalanan dari Barajas Airport ke Toledo mengambil masa dalam sejam lebih.Walaupun perjalanan memakan masa hampir 24 jam untuk sampai ke Sepanyol, tapi tak terasa sangat penatnya sebab teruja dengan pemandangan disini. 

Sepanjang perjalanan, saya ralit tengok pemandangan pokok zaitun yang di tanam. Menurut agent yang bersama kami, minyak zaitun antara penyumbang ekonomi Sepanyol.

Kalau highway kat Malaysia, kiri kanan hutan. Tapi kat sini, padang rumput yang hijau luas terbentang. Lebih kurang macam kita tengok sawah  kat Kedah la gitu..












Inilah dia bandar Toledo.Padat kan bandar dia. Jarak antara bangunan pun dekat-dekat.









With kak yan and Kak Faz. Kak Faz and Kak Yan banyak tolong  sepanjang join KJA ni especially untuk transportation. seriously mereka sangat baik. Sampai dah anggap mereka ni macam kakak sendiri.




Jom ikut saya jelajah Toledo! 

Kat sana, jalan kecik macam ni pun kereta depa lalu. Ada satu part tu,jalan tu memang kecil. Siap ada tiang kecik kira kereta tak boleh lepas lah kalau nak jalan. Motor tu boleh la lalu. Ni macamana kereta nak lepas. Tetibe, tengok tiang kecik yang ada kat tengah jalan tu boleh turun. Then kereta tu boleh lalu. Lepas kereta tu lalu,tiang tu naik balik. Seriously, memang teruja. Okay..maju lah depa ni


Toledo ni merupakan kota yang dikelilingi kubu untuk halang dari musuh. Memang sistem pentadbiran waktu tu, mereka akan buat kubu dan penduduk akan duduk didalam tu. No wonder la kubu ni besar sangat.Kalau jalan kat dalam ni,boleh sesat bak ang sbb structure dia lebih kurang sama ja. Kami ni pun sampai tersesat2 nak cari jalan keluar dari kota ni.











The girls in KJA.Yang kiri sekali tu, dah berpunya..Untung Kak Tirah dapat honeymoon kat Spain 
^-^




Sebelum keluar dari kota ni, ternampak bangunan ni. Kalau tengok kat bangunan ni, masih ada lagi tulisan jawi.


Selesai jelajah Toledo, kami terus ke Granada. Malam pertama kami menginap di Intinere Hostel .  Belakang hostel kami ada gunung salji, tempat untuk orang bermain ski. Tapi kami tiada rezeki untuk ke gunung tu. Gambar je lah dapat bagi. Suhu disini pada waktu malam mencecah 10 degree Celcius. Serious sejuk sangat. Untuk makan malam, kami masak sendiri. Ops.lebih tepat lagi, team2 KJA lain yang masak.hehe. 







Itu dia...semangat kak haza  memasak..



 rasa macam tengah campfire kat hutan pun ada..





Sedang belajar teknik kuarkan wap dari mulut. Selepas berguru dari beberapa orang 'guru', akhirnya, yeay! kuar jugak wap dari mulut. Seriously teruja time ni. haha. kat Malaysia xdapat den nak buek..



Day 2 ( 4 april 2015)


Hari kedua, kami ke kota Garanada. Ikut perancangan asal, kami hendak ke Al- Hambra. Tapi sebab pengunjung ramai sangat maka rancangan itu ditunda ke hari ketiga. 



Di luar al- Hambra.



Kawasan ni ada wifi. Tak payah beli simkad pun takpe.wifi ada dimana-mana. Jimat duit.hehe



Gambar full team KJA + husband kak tirah.abg faizal.


Then, kami teruskan perjalanan ke kawasan lain.
*ni cerita hari ke 3.tapi malaih nak edit. :p




 Tugu Washinton Irving. Meh kita zoom sikit gambar ni.




Cuba lihat. Betapa Islam dihinakan disana. Terang-terangan kalimah Allah diletakkan sederet dengan kaki. T.T

*back to day 2
Di kawasan ni,ada dua bukit. Yang pertama, bukit yang menempatkan istana al-Hambra dan yang kedua ialah bukit albaycin. Dari sini,dapat tengok istana Al-Hambra.


Pemandangan dari bukit AlBaycin.


With kak yan.akak sado ninja yg sgt osem




Di kawasan ni ramai yang berniaga. Pakcik ni muslim. Saya beli satu gelang untuk birthday present adik. Batu quartz katanya. Belilah satu. gelang ni harganya 10 euro. *sila jangan convert ke duit Malaysia. nanti mesti rasa mahal.  1euro= rm4.00




Inilah dia Mezquita Mayor de Granada. Kami menunaikan solat jamak zohor dan asar disini.





Program asalnya ialah kami akan ke perkampungan muslim. Atas sebab tertentu, rancangan itu tidak dapat dilaksanakan. Jadi, sesi petang tu, digantikan dengan sharing session. Tentang pengislaman brother Jaleed ini, tentang Islam di sepanyol. Oh ya, penduduk islam di Spain ada 1 juta orang. Namun, penduduk Spain sekitar 55 juta. Walaupun angkanya banyak, tapi masyarkat muslim masih menjadi minoriti di Spain. Sis yang sebelah tu, Sis Wafa'. Di masjid ni, kami menyerahkan Al-Quran untuk diwakafkan.


Bersama anak-anak brother  Jaleed yang kami ketemu dimasjid tadi. Dikawasan yang kami lalu ini, ada juga rumah-rumah keluarga muslim.



Pokok limau kat spain ni, banyak sangat. Umpama kita kat malaysia ni, banyaknya pokok mangga.





Petang tu, sis Wafa' bawa kami ke kedai Moroccon. Biasanya harga kat kedai-kedai ni murah. senang cakap, kalau nak shopping, better di Granada sebab harganya murah berbanding bandar lain.




Keindahan al- Hambra. Mu tunggu kami datang esok.


Day 3 (4 April 2015)


Hari yang dinanti-nanti. sebelum Subuh lagi kami dah bergerak dari hostel. Sampai-sampai je disana, memang dah ramai yang beratur. Awal betul pelancong-pelancong lain ni sampai. Kami solat subuh secara berjemaah dikawasan luar al-hambra. Sejuk dia..pergh. solat dalam kesejukan.







Pagi2 lagi kami dah sampai. Tapi waktu ni,memang dah ramai tourist yg line up utk beli tiket.




Sebab ramai sangat tourist,jadi,giliran untuk kami masuk ke alhambra daalah pada sebelah petang.
Jadi pagi tu,kami shopping duluuu. Kebetulan waktu kami pergi ni,tengah cuti di Spain. Mereka ada perayaan. KAt jalan ni,kami tengok perarakan besar besaran secara live pihak kristian.seram jugak la rasa sebab kat Malaysia tiada benda2 ni semua



Depa tak kasi solat. Terpaksa cari tempat tersorak nak solat.


Meh la.cheq belanja gambaq.

Sempoi sangat family ni. selpiaq pakai kayu ja.tak payah pakai monopod.creative!

Istana yang ada kat alhambra ni,ada 5 istana.sebabtu,kawasan ni sangat besar. Bila tengok kat decoration dia, memang kaya dengan seni ukir yang halus dan amat cantik.

Singa berkepala 12. Waktu dahulu, tiap kali masuknya waktu solat,air akan mengalir dari mulut singa ini. Dikatakan juga,di setiap badan singa ini,tertulis puisi. Tapi sekarang,puisi itu dah tiada pun..








okay..setakat itu dulu.nantikan sambungannya pada entry akan datang..nanti saya akan compare binaan alhambra dan alcazar. Real Alcazar adalah istana yang dibina seperti alhambra.













 
Images by Freepik